
Day 1; A recent photo of me and 15 interesting facts about me myself
اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Rasanya ni lah kot gambar paling recent setakat ini. Tahu, bunga tu memang lawa. Tapi yang pegang bunga tu lawa jugak rasanya hahahaha.
Oklah, sebenarnya aku sendiri pon tak tahu fakta apa yang ada dalam diri aku ni, tapi aku cubalah korek-korek kat orang yang terdekat supaya aku dapat la elaborate some facts about myself hahaha
So, fifteen interesting facts yang tak berapa nak interesting about myself are;
1) Tak banyak cakap sangat
Ini memang aku akui, aku memang tak berapa nak friendly and tak berapa nak bercakap sangat, dengan family sendiri pon aku kadang-kadang macam malas nak bercakap. Maybe sebab aku dah banyak cakap time aku kecik-kecik dulu kan so bila dah besar dan dah dewasa ni aku takde rasa nak bercakap sangat la. Aku kasi can la kat orang lain nak bercakap pepuas pulak.
2) Suka makan coklat
Haa yang ni terbalik pulak dengan zaman aku kecik-kecik dulu. Dulu-dulu tu adalah nak makan coklat tapi makin besar makin demand lak alamak kesian Babang aku tengok. Dia je la yang kene layankan aku punya hantu coklat tu. Starting untuk tahun ni je rasanya dah berapa banyak aku bazirkan duit aku untuk beli coklat. Hehem sorry ye Babang.
3) Kuat marah plus cepat emo
Ini adalah gejala di mana setiap perempuan akan lalui time pms kan, tapi aku punya pulak macam hari-hari pms hahahaha. Tapi yang selalu kene marah dengan aku tu Babang la, sebab memang dia je yang cari gaduh dengan aku plus men-spoilkan mood aku hari hari.
4) Tomboy
Yang ni tak tahu la termasuk dalam fakta ke tak, masuk dalam sejarah hidup Edd boleh tak? Hahaha dulu time kecik-kecik memang tomboy kot sebab member sekampung semua lelaki. So takde la yang nak main masak-masak dengan aku dulu. Game yang selalu aku main masa kecik-kecik pon bola sepak, main basikal, panjat pokok dengan korek-korek pasir. Macam takde kerja kan? Rambut pon dulu maintain aje pendek pastu daftar masuk sekolah tadika pakai songkok hahaha.
5) Suka kumpul duit syiling
Fakta yang ni macam beria pulak kan ayatnya. Memang la rajin mengumpul, tapi rajin mengorek jugak. Last-last sampai sekarang tak kaya-kaya.
6) Paling malas nak study tapi alhamdulillah rezeki Allah
Cliche nya ayat! Semua orang memang malas nak study rasanya. Tapi aku punya level malas tu nauzubillah min zalik lah kan lepastu majoriti kawan-kawan aku macam 'kau tak study pon boleh skor'. Come on, omputeh punya quote kan "work in silence and make ur success as ur noise" gitu.
7) Bekas kpoppers
Serius dulu aku macam kipas susah mati sangat dengan korean industry ni kan nak nak pulak Balqis member aku tu sekepala dengan aku since sekolah rendah pasal kpop ni. Makin menjadi-jadi la aku punya kipas susah mati tu. Alhamdulillah makin membesar ni makin slow pergerakan kipas aku tu. Silap silap esok lusa mati aku punya kipas tu. Sorry kalau tak paham kiasan aku ni hehe
8) Tak kisah pasal penampilan
Aku punya level i dont really mind tu sampai pergi Thailand pakai selipar jamban aje weh. Takde masa aku nak bershopping beli barang-barang branded macam acah kaya gila la kan ek? Tapi ni aku je la, yang lain tu lain punya hal lah kan.
9) Mata rabun
Ni pun boleh masuk dalam facts kan? Aku ni dah mata empat since Form 1 lagi tapi time tu memang malas nak pakai cermin mata pastu bajet nak lawa je kan sampai la sekarang power mata aku naik mendadak pulak. Sekarang nak cari barang kalau tak pakai cermin mata menjajar je macam orang buta sibuk nak raba-raba lantai haha.
10) Pernah seberat 70kg!
Aku pernah jadi gemuk pastu jadi kurus pastu jadi gemuk pastu kurus balik hahaha macam bermusim pulak kan badan aku ni kejap gemuk kejap tak. Tak tahu la aku rasa kalau aku nak kurus aku diet je la tapi kalau rasa macam dah takde orang nak aku jadi la gemuk, melayan makan aku ni lepastu kalau rasa macam dah gemuk sangat nanti starting kurus balik. Iman pun aku tak beristiqomah sangat lagikan pulak nak workout ni.
11) Anak bongsu
Tapi ramai orang ingat aku ni kakak kepada kakak aku plus ramai orang ingat aku ni manja kalau anak bongsu. Huaaa stress aku la kan cuba jangan judge orang based on what u think and what u look. Eeeee
12) Pernah termakan racun tikus
Ni kira aku punya dark side la untuk facts dalam hidup aku hahahaha. Time tu aku makan racun tu sebab ingatkan itu gula-gula so aku kutip je la yang kat atas lantai tu pastu ngap je terus masuk dalam mulut. Lepas tu aku tak sedar apa-apa tapi alhamdulillah masih hidup je sampai sekarang. Patut la perangai pun macam tikus! Makan je kerjanya. Tapi aku bukan perosak ye
13) Pernah trauma bawak kereta berbulan-bulan
Time ni wujud lepas aku dapat lesen kereta hahaha biasalah kan dapat lesen terus laju je kesana sini. Lepastu trauma sebab kena langgar. Tapi kereta aku rileks, je cool, tak remuk instead kereta yang melanggar aku tu dah tak rupa kereta dah. Lepastu time trauma tu terus jadikan member-member aku sebagai driver tak berbayar aku. Tapi eksiden motor tak pulak aku trauma ek, siap merempit pulak haha
14) Suka potong kuku sampai ke daging
Padahal dulu pernah je luka sampai tecepit daging kat jari tu sampai berdarah-darah tapi tak serik-serik potong kuku dalam-dalam. Tapi kalau ada masa nak gunakan kuku tu macam nak mengopek apa-apa ke mesti seksa sebab kuku pendek. Lepastu bila tengok orang lain bela kuku macam insekiyo pulak kan tapi tak reti den nak membelanya.
15) Kaki tidur
Last ni aku rasa aku memang kaki tido tidak kira di mana dan bagaimana tidak kira masa! Aku punya level kuat tido tu masa kawan-kawan aku duk sibuk study group aku pulak tengah sibuk study mimpi aku apa. Rumah Babang pon aku bantai aje tidur kan. Dalam kereta pun tidur. Time makan pun tidur! hehe
Kesimpulannya itu sahaja la yang dapat aku fikir about my facts and aku rasa takde apa yang interesting kot dalam fakta-fakta aku ni. Ok ok jumpa kat next entry pulak ok.